Saturday, June 21, 2014

Faktor-faktor Kejatuhan Rahim

[[ INFO ]]
Walaupun kejatuhan rahim ini biasanya membabitkan wanita yang sudah berkahwin tetapi dalam sesetengah kes ia juga BERLAKU PADA WANITA BUJANG. Malah wanita yang selalu mengangkat benda-benda berat dengan cara salah atau mencangkung ketika mengangkat benda berat juga boleh mengalami masalah ini.
Mencangkung ketika melakukan kerja seperti mencuci baju boleh memburukkan keadaan. Ini kerana kita terdorong untuk meneran tanpa disedari dan lama kelamaan ia menjadi perlakuan yang dianggap normal.
FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN RAHIM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Menopaus;
  2. Kerap mengandung;
  3. Melahirkan bayi yang besar serta mengalami trauma sewaktu bersalin seperti penggunaan forcep dan vakum;
  4. Meneran ketika bersalin atau melakukan kerja memberi tekanan kepada abdomen;
  5. Peningkatan berat badan;
  6. Sembelit;
  7. Batuk atau bersin yang tidak berhenti selama dua bulan; dan
  8. Merokok.

RAWATAN MASALAH KEJATUHAN RAHIM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. PESARI FARAJ ( PESSARY USE)
Pesari faraj berbentuk seperti donut yang dimasukkan kedalam faraj bertujuan menolak rahim ketempat asalnya. Ia boleh digunakan untuk sementara atau sekiranya pembedahan tidak dijalankan keatasnya. Pesari faraj sangat berkesan untuk wanita yang mengalami kejatuhan rahim. Namun ia bergantung kepada keadaan dan dinding faraj.Sekiranya faraj terlalu lemah atau longgar, Pesari Faraj mungkin tidak dapat digunakan langsung.

Pesari juga mempunyai kelemahan dimana ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa serta sering menjadi penyebab terjadinya keputihan tidak normal yang berbau. Pengeseran Pesari didalam dinding faraj juga boleh menyebabkan ulser dan luka.

2. SENAMAN OTOT ATAU SENAMAN KEGEL
Melakukan senaman yang boleh menguatkan otot-otot faraj. Senaman pada faraj yang mudah dilakukan dimana-mana pada pada bila-bila masa dan tidak memerlukan peralatan serta belanja. Beberapa teknik boleh dijadikan panduan untuk melakukan senaman kemutan yang mampu menguatkan kembali dinding rahim.

a. Sewaktu membuang air kecil, bersedia untuk menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Pada masa ini, anda sebenarnya mengunakan otot pubo-koksik untuk menghentikan aliran air kencing keluar. Setelah membiasakan diri dengan teknik ini, anda boleh melakukanya dimana-mana sahaja ( cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kecil).
b. Memasukkan jari kedalam faraj dan cuba mencengkam jari itu menggunakan faraj anda. Sebelum itu, jari hendaklah dicuci bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari sahaja.
c. Otot punggung, otot abdomen (terutama bahagian bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada masa ini. Ia boleh mengakibatkan sakit belakang, abdomen dan seupamanya. Anda boleh meletakan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tida mengeraskan sewaktu senaman kegel dilakukan. Jika tidak pasti, anda boleh berjumpa doktor anda untuk mendapatkan panduan senaman betul.

3. PEMBEDAHAN
Pembedahan hanya dilakukan sekiranya gejala tersebut sudah terlalu teruk. Pendekatan pembedahan ini bergantung kepada tahap umur dan keseluruhan kesihatan bagi wanita tersebut, keinginan untuk mengandung pada masa akan datang, pemeliharaan fungsi faraj serta tahap kejatuhan rahim.

Terdapat berbagai cara pembedahan yang dijalankan bagi mengembalikan semula rahim kepada kedudukan asalnya. Antaranya pembedahan manchester repair, dimana leher rahim akan dipotong dan otot faraj diketatkan dan dinaikkan ketempat asal. Selain itu,terdapat juga pembedahan histerektomi dimana dinding faraj, saluran kencing, pundi kencing yang terkeluar akan dapat diperbetulkan semasa pembedahan dijalankan.


Kesimpulannya.. SEMUA YG BERGELAR WANITA HARUSLAH MENJAGA RAHIM SEBAIK2NYA... INGAT YE RAHIM 1 JE KALAU ROSAK TAK BOLEH SERVIS..JAWABNYA HANYA BOLEH LET GO. Fikir-fikirkanlah
Jom baca lagi --> DERITA RAHIM JATUH

No comments:

Post a Comment